Sabtu, 13 Mac 2010

JERAWAT-JANGAN AMBIL MUDAH! JOM KENALI PUNCA JERAWAT

salam semua..ermm lama gak ler aku tak update..rini nk update punca2 jerawat..insyaallah diharap info ini dpt la membantu korang sumer untuk menghindari daripada timbulnyer jerawat diwajah korang yg cun dan hensem tu..layan...
 JANGAN AMBIL MUDAH!!! SO FIKIR FIKIRKANLAH...NAK CANTIK KER TAKNAK? NAK KER TAKNAK???? '

ini dia kedudukan jerawat dan bagaimana ia terjadi...selain korang tau penyalahgunaan produk dan pemakanan,stress dan sebagainyer..aku juga pasti ada dikalangan korang sumer ada yang tidak tahu lebih mendalam mengapa sebenarnyer jerawat ini terjadi..

1-DAHI
    haba badan yang melampau,peredaran darah tidak baik.minda dan tubuh badan yang terlampau letih.
    stress..kumpulan ini biasanyer tergolong dalam manusia yang mempunyai sikap panas baran.
    NASIHAT:pupuk tabiat tidur awal dan bangun awal.amalkan tidur yang mencukupi dan perbanyakkan
                      minum air suam.


2-HIDUNG
    jerawat yang tumbuh di batang hidung bermaksud besar kemungkinan tulang belakang kita mempunyai
    masalah.jikalau dihujung hidung pula,haba perut yg melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
    disalah satu hujung hidung pula sgt dekat dikaitkan dengan ovari dan sistem reproduksi.


3-DAGU
    fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin(rembesan dalaman) lemah.kaum wanita sering kali
    mengalami jerawat di bawah dagu berbanding kaum lelaki kerana mungkin berpunca dari haid yang tidak
    teratur dan sistem peranakan bermasalah.


4-PIPI KIRI
    fungsi hati yang tidak lancar dan termasuklah dilanda masalah rembesan,menyahtoksin dan penghasilan
    darah.


5-PIPI KANAN
   fungsi paru paru yang tidak normal.


6-TUBUH BADAN(BELAKANG DAN HADAPAN)
    sistem perkumuhan yang bermasalah dan sembelit.amalkan pemakanan yang sihat dan haruslah
    mendisiplinkan diri mengikuti piramid pemakanan yang seimbang dan bagi memastikan segala toksin
    tersingkir dengan lebih baik.

 ermm itu sahaja..mudahkan? rajin dengan malas jer..endah dgn tidak jer..betul tak? tiada sapa yg tidak mahu kelihatan cantik segak menawan..tentunyer kalau kite semua hendakkan gelaran itu kekal semestinya kita tidak abaikan info2 diatas..hihihih selamat mengamalkan cara kehidupan ynag sihat,,,salam..jumpa lagi..